Tuesday, June 10, 2008

Media Saka Bangsa: Laporan media mengenai Luncheon "Sembang Media"

Media Saka Bangsa: Laporan media mengenai Luncheon "Sembang Media" 

11/6/2008

Tahniah Pemuda UMNO menyertai dunia blog. Mungkin ini peluang terbaik untuk mereka terima / beri pendapat yang bolih memberi kesan kepada pemikiran dalam Pergerakan itu. 

Pemuda UMNO mesti lihat bagaimana PAS berjaya menarik minat ramai cendekiawan yang berwawasan, sementara UMNO leka berjinak dengan hartawan yang tunggu pampasan.

Bukankah Pemuda barisan hadapan UMNO yang "berani mati"? Kini Ketuanya minta maaf sana sini macam takut mati. Dulu Jaafar Albar di panggil "Singa", megaum. Lee Kuan Yew pun di selar tanpa segan. Cogan katanya ialah"Biar putih tulang, jangan putih mata".

Kini baru sisergah kerana cabut keris dah megelabah. Macam anak kucing, mengiyau. Nak tegur anak Lee Kuan Yew pun takut. Mungkin cogan kata sekarang "biar putih mata macam Batu Putih".

Pemuda masa depan UMNO. Dari kalangannya akan lahir pemimpin Melayu masa depan. Buat keputusan SEKARANG pemimpin yang macam mana yang akan diketengahkan. Kalau ianya macam yang ada sekarang - yang memimpin dari belakang, yang leka mengorek tahi-tahi yang tertinggal dibelakang, yang menyental laba tak pikir orang belakang - tinggallah UMNO dibelakang.

....................................................................................

No comments: